Followers

Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

ALLAHYARHAM 
TAN SRI 
P.RAMLEE

Nie ado crito skit nie ..
sebelum crite nie chibby nk tanye kepade pembace ..
pembace kenal tk atau pun pembace 
ingat lagi tk Allah yarham tan sri p.ramlee


chibby minat die ngan abah ngan abg ..





Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh .. beliau seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapore ..

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri .. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth ..


beliau ngan tarbusnya ..

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light .. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua ..

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School) .. Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore .. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya .. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya ..


itu dia p.ramlee hero malaya kita .. yeay


Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948 .. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar .. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955 .. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal) .. Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya ..


DAH HABIS DA ..
!! 


bye ! see you soon




3 comments: